Sekiranya sebelum ini, ramai tertarik dengan pembukaan kafe yang mengetengahkan haiwan-haiwan comel seperti kucing, arnab, kambing dan sebagainya. Kini, satu kafe burung hantu telah dibuka di Jepun! Kafe Fukurou Sabou yang terletak di Kokubunji itu membolehkan pengunjung bersantai bersama teman-teman sambil melayani burung hantu pelbagai spesies yang jinak.
Kafe bersaiz kecil ini mempunyai 3 meja yang boleh menempatkan 4 orang pada 1 meja. Satu menu digunakan untuk memesan minuman wajib, dan satu lagi adalah untuk menempah burung hantu pilihan. Kebanyakan minuman di situ berharga ¥500, manakala interaksi bersama burung hantu pula dikenakan dengan harga daripada ¥300 – ¥1,000.
Walaupun kita mempunyai etika dalam membiarkan haiwan nocturnal berjaga pada waktu siang, isu ini diringankan kepada tahap yang tertentu oleh pemilik kafe sendiri, namun beliau tetap memastikan burung hantu tersebut mendapatkan rehat yang sepatutnya.
Interaksi pengunjung bersama burung hantu berlangsung kira-kira 5 minit, dan berpecah kepada dua bahagian. Pertama, pengunjung akan memakai sarung tangan dan burung hantu diletakkan di atas tangan mereka, kemudian, setelah selfie bersama burung hantu diambil, tuala kecil diletakkan pada bahu pengunjung dan burung hantu diletakkan di situ pula.
Lihatlah betapa unik dan comelnya burung hantu di kafe Fukurou Sabou ini! Idea dan konsep yang diketengahkan di kafe ini sememangnya menarik dan mampu menambat hati ramai.
Sumber: Cal Widdall & http://blogs.timeout.jp/