Merentasi proses penuaan secara anggun dan menawan merupakan hasrat setiap wanita. Peningkatan usia mengubah banyak keadaan badan sama ada dalaman mahupun luaran.
Walaupun terdapat bahagian badan yang menunjukkan tanda-tanda penuaan tidak kelihatan pada pandangan orang di sekeliling tetapi ia boleh menjejaskan tahap keyakinan malah mungkin menjejaskan keintiman.
Penyahwarnaan atau perubahan tona di sekitar bahagian intim merupakan masalah yang dihadapi ramai kaum wanita. Perubahan yang terjadi di bahagian intim wanita itu juga berbeza untuk setiap individu.
Tona kulit gelap tersebut berpunca daripada pelbagai faktor. Peluh dan geseran berlebihan akibat pakaian ketat mampu menggelapkan kulit di sekitar bahagian intim. Penggelapan kawasan tersebut meliputi bahagian intim juga berkemungkinan disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Penuaan,
- Keturunan,
- Kekerapan mencukur kawasan intim,
- Malnutrisi,
- Ketidakseimbangan hormon,
- Infeksi,
- Obesiti,
- Kekerapan sapuan bedak talkum di kawasan intim.
SUMBER AYU, jenama terkemuka bagi pembersih khusus wanita memenuhi keperluan pembersihan intim wanita menerusi rangkaian baharu dengan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening memberikan kesan pemutihan di sekitar bahagian intim seawal 7 hari.
Putarkan kembali masa dengan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani yang diformulasi bersama bahan-bahan tradisional bagi meningkatkan kelembutan kulit. Berikan peluang kepada diri anda untuk meraih kembali keyakinan dan menggalakkan keintiman dengan formulasi SUMBER AYU terkini.
Rangkaian pembersih khusus feminin yang halal, selamat dan berkesan dalam pemutihan, SUMBER AYU disasarkan kepada kaum wanita yang mendambakan kulit cerah di sekitar bahagian intim. Bersama SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening dan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani, kaum wanita akan menemui penyelesaian terbaik dalam mendapatkan kawasan intim yang lebih cerah dan segar. Formula istimewa yang terdiri daripada bahan-bahan semula jadi dan tradisional seperti Manjakani, Ekstrak Kayu Rapet, Sengkuang, Ekstrak Susu dan Daun Sirih membantu memutih, mencerah dan meremajakan bahagian intim secara semula jadi. Bahan-bahan ini juga membantu mengatasi masalah kulit gelap.
SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening dan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani terdapat dalam pek 90ml dan 200ml pada harga dari RM5.90 ke RM10.90.