For Beloved One, jenama penjagaan kulit kosmeseutikal utama di Asia, melantik penyanyi meningkat naik, Kelly Yu sebagai duta baharu untuk membantu mempromosikan jenama sebagai international leader dalam pasaran penjagaan kulit. Dengan konsep penjagaan kulit wanita, For Beloved One memilih duta baharu untuk menggambarkan wanita moden sebagai kecantikan, bebas dan pintar.
Menyifatkan dirinya sebagai “beauty junkie”, seorang yang berminat meneroka produk penjagaan kulit yang berbeza, Yu berkata dia jatuh cinta dengan For Beloved One selepas mencuba Melasleep Whitening Bio-Cellulose Mask buat kali pertama.
“I was surprised by the result. The mask brightens my skin tone and I used it every time before my concerts and photo shooting!”
Sebagai seorang wanita yang amat mempercayai bahawa, “kulit sempurna membantu mewujudkan solekan sempurna”, Yu mengambil keputusan untuk mengambil peranan pakar kecantikan untuk berkongsi jenama penjagaan kulit dan rahsia kecantikan dengan semua orang.
“For Beloved One bukan sahaja diiktiraf oleh doktor, tetapi juga disyorkan oleh penulis blog terkenal dan editor kecantikan,” jelas Yu.
Walaupun terdapat banyak jenama penjagaan kulit di pasaran, tetapi dia lebih suka produk jenis kosmeseutikal kerana ianya lebih sesuai untuk kulit sensitif. Sesuai untuk semua jenis kulit, For Beloved One membantu wanita membina keyakinan dalam kehidupan.