Kesiannya !! Luluh hati kami melihat gambar kucing yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini. Gambar tersebut jelas menunujukkan keadaan mulut kucing tersebut hancur.
Kucing ini didakwa telah dipukul hanya kerana mencuri seekor ikan dan kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pasar di Selayang. Gambar yang menjadi viral di Facebook ini telah mendapat perhatian orang ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut sangat keterlaluan dan melampau batas.
Kucing tersebut kini berada dalam jagaan seseorang yang simpati dengan nasib kucing tersebut. Mujur masih ada pihak yang prihatin seperti ini. Ini bukanlah kali pertama kes penganiyaan kucing seperti ini berlaku. Suatu ketika dahulu, seekor kucing yang diberi nama Hero juga pernah mendapat perhatian kerana dipotong kedua tangannya hanya kerana mencuri ikan di pasar.
Tak tercapai dek akal kami bagaimana seorang manusia yang boleh tergamak melakukan kekejaman sedasyat ini. Memang tak berhati perut!