Gambar di atas adalah screen shot daripada video klip muzik terbaru dari penyanyi Katy Perry ft Juicy J, Dark Horse. Video ini telah dilancarkan pada Khamis lepas ( 20 Februari 2014 ) . Video berdurasi 3:44 minit ini menampilkan Katy berpakaian ala Cleopatra ini dan mengambil Ancient Egypt (Mesir Purba) sebagai tema.
Cuma yang menjadi persoalan kepada penulis tentang video yang telah dimuat naik ke laman web Youtube ini adalah ,pada minit 1:15, boleh dilihat dengan jelas lelaki pertama yang datang menghadap Ratu Cleopatra (Katy Perry) memakai kalung bermotif kalimah Allah . Dalam babak video ini, lelaki ini kemudiannya dibakar (burned zapped) oleh Katy.
Dirancang atau kebetulan? Tidak dapat dipastikan juga motif Katy dan pengarah video tersebut berbuat demikian. Tetapi pada pendapat peribadi penulis, hal ini agak menyentuh sensitiviti umat Islam di selruh dunia. Tonton video ini dan nilaikan sendiri.