Barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang didiagnosis menghidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun. Bermaknanya ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja, baik yang tua mahupun yang muda. Walau bagaimanapun, umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi terkena kanser payudara. Satu daripada lima ratus wanita berusia 30 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payudara.
Kepentingan mamografi
Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Pemeriksaan mamografi adalah penting terutamanya bagi wanita yang sudah berumur.
United Kingdom merupakan satu negara di mana keseluruhan penduduk wanita dihantar surat peringatan rasmi untuk menggesa mereka menjalani mamografi, Di sana, saringan mamogram dahulunya dilakukan terhadap wanita berusia lingkungan 50-70 tahun tetapi kini jarak umur tersebut telah diperluaskan – bermula daripada usia 47 hingga 73 tahun. Ini adalah kerana permintaan yang tinggi dan kesedaran yang semakin meningkat terhadap bahayanya kanser payudara.
Setiap wanita dalam lingkungan usia tersebut disaran melakukan saringan tiga tahun sekali untuk menyeimbangkan antara keperluan pencegaham dan kesan radiasi. Saringan mamografi adalah sangat tepat, walaupun ia tidak semestinya seratus peratus benar. Biasanya, keputusan saringan boleh diperolehi dalam masa dua minggu.
Lazimnya 95% wanita yang menjalankan saringan akan mendapat keputusan saringan yang menunjukkan tiada masalah dikesan, manakala 5% lagi memerlukan ujian dan pemeriksaan lanjut seperti ujian ultrabunyi, pemeriksaan klinikal dan biopsi. Ini kerana mereka berkemungkinan menghidap kanser, tapi kadangkala pemeriksaan lanjut diperlukan kerana keputusan saringan itu sendiri bermasalah dan tidak begitu jelas. Dan biasanya dari 5% ini, 4% akhirnya mendapat keputusan negatif kanser, manakala 1% lagi menghidap kanser dan memerlukan rawatan segera.
Mesin mamogram adalah sangat sensitif dan boleh mengenalpasti kebanyakan jenis kanser payudara.
Anda juga boleh mendaftar untuk menjalani saringan ujian mamografi secara PERCUMA di link di bawah :
Wanita berusia perlu jalani saringan mamogram
Mereka yang berusia lebih muda biasanya tidak disaring kerana mereka mempunyai payudara yang masih padat, oleh itu saringan mamogram kurang berkesan dan kurang membantu mengenalpasti kanser. Berbanding payudara yang berkepadatan kurang, sekiranya terdapat tanda-tanda kanser, ia lebih mudah dikenalpasti oleh mesin mamogram. Selain itu, faktor tisu payudara mudah meresap radiasi menjadikan saringan kurang digalakkan bagi wanita muda.
Bagi wanita yang mempunyai simptom-simptom kanser payudara seperti benjolan, saringan mamogram boleh dilakukan seawal usia 35 tahun. Mereka bukan saja boleh melakukan saringan mamogram tetapi juga akan diperiksa secara klinikal sepenuhnya.
Saringan mammogram tidak akan dilakukan terhadap wanita mengandung atau yang menyusukan anak, kerana pada ketika ini keadaan payudara ibu mengandung dan menyusu anak adalah agak padat dan keadaan tisu payudara juga mungkin berubah apabila dipengaruhi hormon.
Purata umur kebiasaan untuk saringan mamogram berbeza-beza mengikut negara, tetapi umur popular adalah 50 tahun. Begitu juga dengan sistem kesihatan, ia berbeza di setiap negara dan tidak semua negara ada menyediakan saringan mamogram umum.
Umur minimum untuk membuat saringan mamogram adalah 35 tahun, jika wanita tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom lain. Seperti yang telah disebut sebelum ini, wanita berusia muda tidak digalakkan membuat saringan mamogram, tetapi sekiranya mereka mahu lebih kepastian tentang kesihatan payudara mereka, ultrabunyi, MRI dan pemeriksaan klinikal boleh dilakukan.
Pemeriksaan fizikal yang dilakukan sendiri setiap 6 hingga 8 minggu adalah digalakkan tetapi agak sukar menentukan jika benjolan pada payudara adalah kanser atau tidak. Jadi, sekiranya payudara anda mempunyai benjolan baru, dan payudara anda mengalami perubahan bentuk, perubahan pada warna kulit payudara, puting mengeluarkan cecair dan lain-lain simptom kurang normal, anda haruslah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jumlah lelaki yang menghidap kanser payudara adalah pada nisbah 100:1 berbanding wanita. Ini adalah kerana mereka mempunyai tisu payudara yang amat sedikit.
Philips MicroDose SI
Philips Microdose SI adalah sebuah sistem mamograf digital yang mengimbas imej payudara dan juga dapat membantu dalam menganalisa kepadatan payudara. Dengan adanya mesin ini, kadar dedahan terhadap radiasi juga berkurangan sebanyak 40% secara purata, tetapi kualiti diagnosis tetap kekal sama. Proses saringan juga sama seperti menggunakan mesin mamogram biasa. Secara umumnya, saringan mamogram dengan mesin mamogram biasa mempunyai nilai dedahan radiasi yang minimum, tetapi dengan Philips Microdose SI, kadar dedahan terhadap radiasi ini adalah lebih rendah.
Kecanggihan teknologi pada Philips Microdose SI ini bertujuan untuk memberikan keputusan saringan yang lebih tepat dengan benar-benar mengenalpasti kehadiran kanser pada payudara.
Khidmat saringan mamogram menggunakan mesin digital Philips Microdose SI boleh didapati di Hospital Pakar Putra, Melaka pada masa ini.
Jadi, kami telah huraikan sedikit sebanyak maklumat mengenai kepentingan mamogram kepada wanita yang lebih berusia dan keistimewaan mesin digital Philips Microdose SI. Wanita tidak seharusnya bersikap sambil lewa dan harus sentiasa berwaspada kerana kanser merupakan pembunuh dalam diam utama wanita di dunia.
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Philips Healthcare Malaysia.
Mari sama-sama menyebarkan kesedaran mengenai kanser payudara! Ambil gambar benda yang sepasang untuk mewakili payudara ataupun ambil gambar orang tersayang, sahabat handai atau diri sendiri sambil memakai atau menggunakan sesuatu yang berwarna merah jambu sebagai tanda menyokong bulan Kesedaran Kanser Payudara. Muatnaik gambar anda ke media sosial dan tag dengan #PhilipsBCA untuk membantu menyebarkan pesanan ini.