Terkini viral di Korea Selatan heboh tentang pelakon dan ahli Running Man, Song Ji Hyo yang dikatakan sudah memiliki anak perempuan tetapi tidak didedahkannya.
Kuasa internet yang ada sekarang menunjukkan gambar seorang budak perempuan telah menjadi viral kerana rupa parasnya yang mirip dengan selebriti tersebut.
Hah biar betul? Jangan risau, budak berkenaan bukanlah anak kepada pelakon berusia 34 tahun malah memang tiada pertalian darah sama sekali.
Ia mendapat perhatian netizen selepas sebuah forum online dengan tajuk ‘Anak perempuan Ji Hyo yang disembunyi’ telah membincangkan persamaan serta mirip wajah mereka seperti ibu dan anak.
Dari segi aset mata yang bulat, bulu mata melentik dan senyuman yang manis itulah yang membuatkan mereka kebetulan macam kelihatan sama seiras. Gambar budak perempuan itu mula menular serta menjadi popular dalam kalangan masyarakat termasuk media tempatan dan luar negara.
Laaaaa, ingatkan apa tadi. Pelanduk dua serupa ni…
[SUMBER]