Ellysha Natasha, kanak -kanak 6 tahun yang didakwa menjadi mangsa dera bapa saudaranya di Kuching sebelum ini sebenarnya tidak didera. Berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS), Ellysha meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman pada organ dalaman dan menyebabkan organ dalaman gagal berfungsi, selain berlaku darah keluar mengikut saluran kencing.
Baca : Bapa Saudara Dera Kanak-kanak Perempuan Hingga Maut
Pakar patologi melaporkan punca kematian itu disebabkan ‘penyebaran coagulopathy intravaskular kerana sepsis.
Tanda gigitan yang ditemui pada tangan kanak-kanak perempuan itu didapati bukan disebabkan gigitan individu dewasa, sebaliknya sepadan dengan gigi kanak-kanak sebayanya.
Bedah siasat juga mendapati , tiada kesan koyakan di bahagian kemaluan. Sebelum ini kanak-kanak 6 tahun ini disyaki mungkin telah didera secara seksual kerana terdapat kesan pendarahan pada bahagian kemaluannya.
Namun , hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kemasukan objek atau koyakan pada bahagian kemaluan kanak-kanak berkenaan yang boleh mengaitkan kematiannya dengan penderaan seksual atau penderaan fizikal lain.
Sumber : Berita Harian & MStar