Aksesori utama yang paling menyokong semasa musim panas sudah tentu kaca mata hitam. Hanya pilih model, reka bentuk dan warna yang sesuai dengan keinginan dan penampilan maka anda lengkap bergaya. Hanya mengenakan t-shirt putih bersama jeans dan lengkapkan dengan kaca mata, voila penampilan anda terus berubah.
Kaca mata Dior ‘so real’ adalah salah satu bukti kaca mata adalah aksesori penting sekaligus membuatkan penampilan elegan. Kaca mata yang dilabelkan ‘It Shades of the Season’ ini menjadi kegemaran hampir semua ikon fesyen, model antarabangsa, blogger fesyen ternama sehinggalah selebriti. Kebanyakan mereka memilih model frame mirror dan frame hitam dengan gaya masing-masing.
Anda sukakan reka bentuk kaca mata futuristik ini?