Seorang jutawan dari Romania bertindak memukul kekasihnya ketika bersiaran secara langsung di dalam satu rancangan TV selepas mendapati wanita itu telah berlaku curang dengan anak tirinya sendiri.
Nicolae Guta yang merupakan penyanyi digelar ‘King of Gypsy Music‘ telah bertindak menarik rambut teman wanitanya itu, Lulia selain mengeluarkan kata-kata kesat di dalam program televisyen tempatan yang sedang bersiaran langsung.
Insiden tersebut berlaku selepas Nicolae dan Lulia muncul bersama ahli-ahli keluarganya termasuk bekas isterinya, Narcisa Guta dan anaknya, Nicu, dalam sebuah program temu bual di Romania.
Pada awal rancangan semua kelihatan biasa sehinggalah anak tiri lelaki terbabit, Nicu, telah membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan hubungan sulit dengan Lulia.
Lulia yang dikatakan sedang mengandung kemudian dilihat tergamam dan menangis selepas diperlakukan sedemikian.
Menurut sumber, Nicu telah membuat pengakuan seperti itu bagi membalas semula cara sikap Nicolae melayan dan berlaku curang kepada ibunya, Narcisa dahulu.