Ketika liputan ketibaan abu mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam di Nirvana Memorial Centre Sungai Besi pagi tadi, satu berita kurang enak berlaku melibatkan seorang jurugambar daripada Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Aizuddin Saad ditumbuk keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 ketika membuat liputan ketibaan penumpang pesawat berkenaan.
Difahamkan, Aizuddin secara tiba-tiba ditumbuk ahli keluarga penumpang berkenaan sehingga mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian hidung. Aizuddin mengalami pendarahan di bahagian muka manakala kamera yang digunakannya mengalami kerosakan. Aizudin kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi sejurus selepas mendapatkan rawatan di klinik.
Insiden itu berlaku ketika mangsa sedang membuat liputan mendiang pasangan Paul Goes warganegara Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sebelum ini, pihak berkuasa Belanda membenarkan mendiang Paul Goes disemadikan di Malaysia bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun.
Sumber – Astro awani, Malaysian insider, Celahgelegar.blogspot