Jalinkan kemesraan bersama keluarga dan orang tersayang di bulan Ramadan ini dengan berbuka puasa bersama sambil menikmati juadah yang menyelerakan.
The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) menggabungkan hidangan tradisi zaman buah kurma yang berkhasiat dalam hidangan dua kek yang enak – ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’ dan ‘Lumberjack Cake’ – serta biskut ‘Coconut Date Cookies’dan dua minuman ‘single origin’ untuk merangsang deria rasa.
Bagi penggemar kekacang, ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’ pastinya menjadi pilihan utama dengan rasa manis dan masin krim pistachio mousseline, dihiasi dengan mousse coklat gelap. Peminat kelapa pula akan menyukai ‘Coconut Date Cookies’ ataupun ‘Lumberjack Cake’ dengan epal rangup dan buah kurma yang dihiasi dengan karamel kelapa. Bukan saja ianya lazat, buah kurma juga membekalkan serat dan mineral yang menyihatkan, menambah semula khasiat selepas seharian berpuasa.
Setelah menikmati hidangan, bersantai dengan haruman manis dan perisa madu-kekacang ‘Panama Single Origin Coffee Bean’ atau bauan lembut ‘Noori Tea Garden Single Origin Tea’, tea hitam premium pekoe.
Bermula sekarang sehingga 1 Julai, anda juga akan menikmati promosi diskaun 20% apabila anda menempah kek istimewa 1.5kg ini secara dalam talian – dapatkan ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’ dengan harga RM92.00 dan ‘Lumberjack Cake’ dengan harga RM78.40!
Untuk lebih maklumat tentang tawaran terbaharu CB&TL, berita dan promosi, layari laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau laman web www.coffeebean.com.my.