Sampul duit raya tahun ini disajikan dengan pelbagai corak yang menarik pasti membuatkan anda ingin simpan sekali dengan duit raya itu!
Duit raya yang begitu sinonim dengan hari raya, diberikan kepada kanak-kanak dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Jumlah yang diberikan tidak tetap dan bergantung kepada kewangan individu itu sendiri.
Antara 5 rekaan yang menarik dan mudah didapati di sosial media adalah:
1. Wondermilk
Mempunyai 4 jenis corak dinamakan Rebung, Ikat, Jubin dan Corak. Sentuhan Wondermilk yang menggunakan tona pastel serta corak yang minimalis ini boleh didapati dengan harga RM2/5 paket.
2. Petronas
Setiap tahun, Petronas tidak akan mengecewakan dengan sampul raya mereka! Tahun ini baju tradisional iaitu baju melayu dan baju kurung dijadikan sebagai sampul raya. Ramai pengguna media sosial ‘post’ gambar sampul yang kreatif ini.
3. Oh Mayesa
Salah satu Instagram Shop yang bertapak di Malaysia, Oh Mayesa menjual dekorasi stiker untuk dilekatkan di rumah anda. Sampul duit raya ini juga boleh didapati di Fashion Valet.
4. Hello.Linib
Instagram Shop yang berasal daripada Singapura ini mendapat sambutan hangat dengan #kuehrayasampul. Rekaan oleh hello.linib ini diinspirasikan oleh kuih tradisional. Oh, percaya tak kalau #kuehrayasampul ini adalah handmade?
5. CHETAK.INK
Chetak.ink merupakan sebuah perniagaan di Instagram yang memberikan servis design dan percetakan. Sebanyak 5 design #sampulraya ini boleh dimiliki dengan hanya RM3/10 helai. Berbezanya sampul ini dengan yang lain ia menggunakan ‘brown paper’.
Pelbagai rekaan sampul raya ini adalah salah satu idea dan peluang yang perlu diambil oleh para peniaga semasa Hari Raya ini.
Selain daripada design yang tersedia ada, anda juga boleh membuat ‘custom designed’ di kedai cetakan yang menyediakan servis cetak #sampulraya ini.
Kumpul jangan tidak kumpul! Tapi kalau boleh jangan kemaruk, sampai buang duit raya tu. Menolak rezeki namanya itu.
Kalau tidak, kena buat sampul raya @pikoazri buat sendiri ini: