Lepas ini tak perlu beli lagi, hanya buat sendiri sahaja. Malahan senang sebab tak perlu guna banyak bahan untuk menyediakan aiskrim kesukaan anda.
Jika anda sukakan aiskrim yang jenis lembut/soft-serve, bolehlah cuba resepi ini. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja – santan, buah-buahan beku dan madu. Tadaaaaa siap!
Santan miliki teskstur seperti krim, alternatif kepada heavy cream yang bersih tanpa bahan tambahan atau bahan-bahan halus. Jika anda ingin mengurangkan kuantiti lemak dalam ais krim, pilih santan yang rendah lemak.
Madu untuk memaniskan hidangan tanpa perlu gula yang diproses dan ditapis. Tambahkan mangga atau buah-buahan lain yang kaya dengan antioksidan.
Bahan-bahan
Aiskrim
- 1 cawan santan/santan kotak
- 3 cawan mangga organik yang frozen punya
- 3 sudu besar madu
Sos raspberi – ini pilihan
- 1/3 cawan raspberi
- 3 sudu besar madu, pilihan sirap maple tulen
- 1 sudu teh chia seed
Cara membuat:
Campurkan santan, mangga dan madu ke dalam mesin pengisar makanan, Kisar sehingga kesemua tekstur adun sebati dan lembut.
Sendukkan ais krim ke dalam mangkuk. Atau anda boleh bekukan semalaman.
Sos raspberi – Bahan-bahan untuk sos raspberi dimasukkan ke dalam mesin pengisar makanan.
Petua: Jika menggunakan mesin pengisar dengan kelajuan tinggi, gunakan tamper supaya hasilnya lebih creamy.