Adele bukan sahaja mempunyai suara emas malah rupa paras yang cukup klasik. Setelah lama berehat dari dunia seni suara, Adele kini kembali dengan wajah lebih menawan.
Penyanyi berusia 27 tahun membuat comeback dengan lagu baharunya Hello. Walaupun muzik video dalam putih hitam tetapi sangat jelas Adele cukup cantik dengan solekan penuh malahan rambutnya yang ditiup angin, cukup klasik sekali.
Hal ini sekaligus memberi inspirasi kepada beauty youtuber untuk menghasilkan tutorial mekap sebegitu. Dalam banyak-banyak tutorial di Youtube, terdapat satu tutorial yang boleh dikatakan hasilnya cukup menakjubkan.
Untuk membuat bentuk wajahnya menyerupai Adele, Becca Rose menggunakan solekan asas lengkap, mulai dari foundation hingga concealer. Ia juga menjelaskan detail pada wajahnya dengan teknik shading, khususnya pada bahagian pipi dan hidung.
Bagi solekan mata, membuat kening dengan bentuk yang tegas dan terperinci, menyerupai kening Adele. Juga menggunakan pelbagai warna pembayang mata untuk mencipta kesan kelopak mata kelabu yang dalam. Cat eye tebal juga tidak ketinggalan, membuat mata lebih dramatik. Becca juga menggunakan dua jenis lipstik untuk mencipta corak warna pink kecoklatan yang sangat lembut.
Solekan mata yang dramatik dan shading membuatkan Becca mirip sekali dengan Adele.