Izreen Azmindar, Nabila Huda, Shila Amzah dan Lana Nordin antara wanita yang pernah dikaitkan dengan Johan As’ari. Disebabkan itu timbul dakwaan mengatakan golongan wanita tidak mahu mendekati pelakon ini kerana sikapnya yang sering berubah dan bertukar wanita itu.
Walaubagaimanapun, Johan menyangkal dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu. Dia menjelaskan masih mempunyai ramai kenalan wanita dan dakwaan seumpama itu tidak pernah berlaku walaupun sering dikaitkan dengan ramai wanita sebelum ini.
“Tidak benar tanggapan wanita takut untuk mendekati saya hanya kerana perkara lalu yang pernah terjadi.
“Saya mempunyai ramai kenalan wanita dan tiada apa-apa masalah timbul seperti dakwaan itu. Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu pengalaman dan pengajaran dalam mematangkan saya.