Pelakon Hollywood, Jodie Foster dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih sejantina, Alexandra Hedison, pada minggu lalu. Menurut laporan E!, pasangan ini mula berpacaran sejak tahun lalu dan Hedison merupakan bekas kekasih kepada hos popular, Ellen DeGeneres.
Foster berterus terang kepada umum mengenai kecenderungan seks sejenis semasa memberikan ucapan dalam Anugerah Gloden Globe tahun lepas.
Sehingga kini masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai perkahwinan mereka, tetapi California di mana kawasan yang didiami Foster membenarkan perkahwinan sejenis selain 16 negeri lain di Amerika Syarikat.