Pemakaian baju dalam yang diperbuat daripada material lembut dan fabrik serap peluh adalah sangat penting kerana saban hari kita kerap bergerak bagi melakukan tugasan harian dengan sempurna. Oleh itu, Jockey berasa terpanggil untuk menyediakan pakaian dalam bermutu tinggi, sesuai dipakai bila-bila masa dan di dalam keadaan apa sekali pun.
Jenama pakaian dalam antarabangsa itu mempunyai rangkaian koleksi yang besar termasuk, pakaian dalam wanita, pakaian sukan dan santai untuk wanita dan lelaki disamping menerapkan ciri-ciri kebebasan untuk mengekspresikan diri mereka melalui pelbagai gaya rekaan dan warna oleh Jockey.
Yang terbaru, Jockey mempunyai lebih kurang lima (5) koleksi khas untuk pakaian dalam lelaki dan tiga (3) koleksi utama untuk wanita termasuk koleksi “Loungewear” atau pakaian kasual sehari-hari, koleksi “Shapeswear” pakaian membentuk badan wanita dan koleksi bra sukan.
Kesemua koleksi ini mempunyai nilai yang tersendiri dek kerana rekaannya yang menarik dan diperbuat daripada material yang sangat mesra pengguna seperti fabrik microfiber. Hadir dalam pelbagai warna dan bentuk, khusus untuk mereka yang gemar bergaya walau pada hakikatnya ia tidak dapat dilihat oleh orang lain dan yang paling utama, Jockey sentiasa mengutamakan keselesaan si pemakai.
Jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi pakaian dalam daripada Jockey, sila layari www.jockey.com atau anda boleh terus melawat butik Jockey yang terletak di:-
- 1 Utama – Shop Lot F213C, First Floor
- Sunway Pyramid – Shop Lot LG1.126, Lower Ground 1 Floor
- Isetan, Parkson, Robinsons dan gedung Tangs yang terpilih