ZALORA, destinasi fesyen dalam talian di Asia, melancarkan Finery London, jenama pakaian wanita yang pertama dicipta oleh Fashion Group Global, e-dagang kumpulan fesyen yang baru ditubuhkan yang meliputi 23 negara dengan 330 billion euro pasaran fesyen. Jenama ini boleh diperolehi secara eksklusif di ZALORA di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia.
Diketuai oleh Caren Downie, Emma Farrow dan Rachel Morgans, tiga nama yang berpengaruh dan dihormati untuk British high-street, Finery London membuat kemunculan sulung di Asia dengan 47 helai koleksi. Untuk Spring Summer 2015, koleksi ini mengetengahkan elemen elegan dan feminin – fesyen pakaian yang sesuai untuk setiap gaya walau di mana sahaja.
Menurut Emma Farrow, Head of Design : “We’re designing for the girl who knows her own style and doesn’t take herself too seriously. This is a brand with its own point of view. We’re not trying to be everything to everyone.”
Peminat fesyen kini boleh membeli-belah pakaian wanita Finery Wanita di Zalora. Harga antara RM 70 hingga RM 639.