Jared Leto dilihat sentiasa mengambil risiko untuk bereksperimen dengan gaya rambut yang menyerlah dan penampilan berani di karpet merah, jadi tidak hairanlah industri fesyen mula memberi tumpuan kepada setiap perubahan yang dilakukannya.
Jenama kaca mata dari Itali, Carrera dengan bangganya mengumumkan pemenang Anugerah Akademi, pemuzik, pengarah dan usahawan Jared Leto dipilih sebagai wajah baharu Kempen Kaca Mata Carrera 2016.
Sempena sambutan ulang tahun ke-60, Carrera telah memilih pelakon hebat ini untuk mewakili koleksi baharu ‘Maverick’. Tekenal dengan gaya lakonan yang cemerlang dan berani, malah penampilan penuh berkeyakinan, pengambilan Leto dianggap satu pilihan ideal untuk kempen 2016 ini.
Untuk koleksi Maverick, Carrera mendedahkan bentuk rekaan kini lebih berani, unik dan ringan. Bingkai kedua-dua optik ternyata nipis, perlindungan matahari yang memberikan pengalaman keselesaan sepanjang hari dan kelihatan kontemporari.
Kempen pengiklanan antarabangsa akan dilancarkan di seluruh dunia bermula Februari 2016.