Selepas 14 minggu, 50 tayangan video, 10 orang finalis dan 2 hari Makeup Designer Bootcamp, pemenang L’Oréal Paris The Brush Contest Malaysia akhirnya diumumkan! Berusia 30 tahun, Jamie Tan, Penganalisis Perniagaan dengan Malaysia Airlines, dipilih sebagai pemenang kebangsaan dan akan mewakili Malaysia dalam peringkat akhir pertandingan global pereka solek di Cannes pada bulan Mei tahun ini.
Pertandingan solekan global L’Oréal Paris yang julung kali diadakan secara eksklusif di YouTube ini telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada pencinta kecantikan di seluruh dunia. Pertandingan ini telah diadakan secara serentak di 12 buah negara termasuk Perancis, Amerika Syarikat, UK, China, Thailand, Malaysia dan banyak lagi, dengan menjemput para amatur, profesional dan bakal jurusolek berpotensi untuk mencetuskan kreativiti mereka dan menggunakan setiap warna, nada dan tona warna untuk mengubah muka menjadi sebuah karya.
Objektif dan konsep The Brush Contest adalah sejajar dengan wawasan L’Oréal Paris iaitu ‘Berkongsi Kecantikan Untuk Semua’, kerana kecantikan sebenar merentasi segalanya, tanpa mengira bangsa, agama, etnik atau lokasi. Melalui The Brush Contest, L’Oréal Paris berharap dapat menemui Pereka Solek yang akan menjadi sebahagian daripada pasukan Pereka Solek L’Oréal Paris.
Bagi mewujudkan keseronokan dalam The Brush Contest Malaysia, L’Oréal Paris mendapatkan sokongan daripada rakan kongsi runcitnya, Watsons Malaysia. Sebagai destinasi membeli-belah untuk produk solek no. 1 di Malaysia, Watsons diminati oleh semua pencinta kecantikan Malaysia untuk pelbagai produk dan jenama. L’Oréal Paris dan Watsons Malaysia telah bersama-sama menganjurkan pertandingan bagi melibatkan pengguna untuk meneka siapakah pemenang pertandingan The Brush Contest Malaysia. L’Oréal Paris juga memanfaatkan media sosial Watsons Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada peraduan tersebut. Terdapat juga sesi bertemu dan bermesra dengan peserta 50 yang teratas The Brush Contest Malaysia di kedai utama Watsons di Alamanda.
Hasilnya, The Brush Contest di Malaysia telah mendapat sambutan yang hebat. L’Oréal Paris menerima lebih daripada 100 penyertaan dari seluruh negara, di mana peminat solek dan kecantikan Malaysia menghantar tafsiran mereka yang bertemakan “Color Clash”. Lima puluh video terbaik ditunjukkan untuk undian awam, dan 10 video telah disenarai pendek untuk mendapat tempat dalam final di Peringkat Kebangsaan, di mana mereka menghadiri Bootcamp Makeup Designer yang dianjurkan oleh L’Oréal Paris Malaysia.
Pemenang Malaysia untuk The Brush Contest akan meneruskan persembahan pada Peringkat Akhir Antarabangsa dengan pemenang dari negara-negara lain yang mengambil bahagian, di mana hadiah utama yang menjadi rebutan adalah kontrak profesional selama setahun dengan pasukan Makeup Designer L’Oréal Paris (bernilai 100,000€)! Sebagai seorang Makeup Designer L’Oréal Paris, pemenang The Brush Contest juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam penggambaran kecantikan, tutorial penciptaan dan temu bual, serta bersama-sama menjadi sebahagian daripada keseronokan di Akademi Makeup di Cannes.
Ini merupakan satu pengalaman yang mengubah kehidupan untuk Jamie Tan apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang L’Oréal Paris The Brush Contest Malaysia. Video penciptaan “Color Clash” dia berjaya menarik hati panel hakim yang terdiri daripada Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal, Darren Ho; jurusolek profesional, Geraldine Loy; hos TV dan selebriti Megan Tan; artis YouTuber dan penerbit, Joseph Germani dan ketua editor Tongue In Chic, Emma Chong Johnston.
Diilhamkan oleh warna pastel gula-gula kapas, wajah kemenangan Jamie mempunyai gabungan merah jambu dan biru yang menghasilkan warna ungu, diserlahkan lagi dengan celak biru kelasi untuk membuat mata nampak galak. Solekan mata itu dilengkapkan dengan bibir berwarna merah jambu menarik dan ditambah dengan L’Oréal Paris Color Riche L’Extraordinaire dalam Fuchsia Pink 106. Color Riche L’Extraordinaire adalah warna bibir cecair yang mengandungi minyak-mikro dan pigmen warna yang kaya untuk keseimbangan warna dan penjagaan yang ideal. Aplikator unik yang lembut membolehkan warna bibir disapu dengan licin dan mudah.
Sebagai pemenang The Brush Contest Malaysia, Jamie kini satu langkah lebih dekat dalam mencapai impiannya untuk menjadi seorang artis solek profesional.
Jamie akan merebut hadiah impian di Peringkat Akhir Antarabangsa The Brush Contest yang akan diadakan di Cannes, Perancis. Peringkat Akhir ini juga akan disiarkan di YouTube pada 11 Jun 2015, dihoskan oleh jurucakap L’Oréal Paris dan Woman of Worth, Eva Longoria.