Kita sebagai manusia harus tahu bagaimana untuk memanfaatkan masa. Sesungguhnya adalah rugi bagi kita jika menghabiskan masa untuk membuat perkara yang sambil lewa.
Dengan adanya kecanggihan teknologi masa kini yang jauh lebih efisyen dan inovatif, selain ciptaan tablet, papan kekunci dan tetikus yang mampu dihubungkan ke peranti yang lain, baru-baru ini, Federique Constant dan Alpina mengumumkan keberadaan koleksi rekaan jam tangan berteknologi tinggi baharu Swiss Horological Smartwatch diperhebat oleh MotionX di pasaran Malaysia.
Mampu menjalankan sistem komunikasi dua arah, jam tangan Swiss Horological Smartwatches ini adalah setanding dengan alatan peranti mudah alih yang lain. Ia dapat dihubungkan kepada telefon pintar iPhone dan Android sekaligus menggabungkan kedua ciri moden dan klasik.
Antaranya, jam tangan tersebut dapat membantu pemakainya untuk memahami diri mereka sendiri dengan lebih telus. Sifatnya yang mesra pengguna juga mampu merekod pergerakan manusia dan menyalurkan maklumat melalui aplikasi iOS dan Andriod berkenaan aktiviti mahupun waktu tidur seseorang sebagai contoh, sebanyak berapa kali dalam seminggu atau tahun seseorang telah bergerak mahupun tidur.
Sesungguhnya, gabungan ciri dan fungsi jenama jam tangan mewah Frederique Constant dan Alpina bersama platform teknologi MotionX itu telah berjaya menghasilkan ciptaan baharu yang begitu sempurna.
Berpaksikan moto tujuan mereka yang jitu, Frederique Constant dan Alpina juga menguar-uarkan bahawa mereka mahu melancarkan lebih sepuluh lagi rekaan dan koleksi model Horological Smartwatch untuk lelaki dan wanita dalam tahun ini (2015).
Untuk mengetahuan anda juga, rangkaian koleksi Horological Smartwatch daripada Federique Constant dan Alpina telah berada di pasaran seluruh dunia sejak bulan Jun yang lalu.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi jam tangan mewah berteknologi tinggi Horological Smartwatch oleh Federique Constant dan Alpina, sila layari smartwatch.frederiqueconstant.com & www.alpina-watches.com.