Istimewa buat pencinta drama dan rancangan hiburan KOREA! Anda kini tidak akan lagi ketinggalan untuk mengikuti perkembangan hiburan Korea yang sensasi lagi menarik!
Mulai 25 April 2016, saluran yang menyajikan anda dengan pelbagai seleksi drama Korea mengujakan serta hiburan Kpop trending akan menyiarkan kesemua rancangan pilihan secara eksklusif dengan lebih efisyen iaitu dalam tempoh kurang dari seminggu selepas tayangan di Korea. Ini termasuk rancangan variasi kegemaran ramai seperti Running Man, Law of the Jungle, Oh! My baby, K-pop Countdown (Inkigayo) dan Star King musim ke-2. Ia akan disiarkan sepanjang minggu dari hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 11pm.
Bukan itu sahaja, terdapat 3 lagi rancangan baru hebat menampilkan ramai selebriti hangat Korea yang akan disiarkan secara langsung sama seperti waktu siaran di Korea iaitu Skinny Lunchbox, Stargram dan The Show.
Bagi anda yang merupakan kaki drama, jangan risau! ONE bakal menampilkan drama-drama blockbuster yang bisa mencetuskan nostalgia. K-drama klasik seperti Stairway to Heaven akan disiarkan pada hari Isnin sehingga Jumaat, jam 5.40pm bermula 27 April 2016. Manakala Blokbuster waktu perdana seperti Entertainer dan Jackpot pula akan disajikan dalam tempoh kurang 24 jam sejurus siarannya di Korea menerusi slot waktu baharu PPALI-PPALI, iaitu jam 8.10mlm dari Selasa ke Jumaat.
Jangan lupa saksikan jejaka jambu Jang Geun Suk dalam drama berunsur sejarah Jackpot pada setiap Selasa dan Rabu, jam 8.10pm. Ia dibintangi pasangan pelakon popular Ji Sung dan Hyeri, Entertainer akan ke udara mulai esok, 28 April pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.10mlm.
Untuk keterangan lanjut berkenaan jadual siaran baru ONE, Astro B.yond saluran 393, sila layari www.onetvasia.com/theNewONE