Jadikan waktu tidur anak anda lebih menyeronokkan hari ini dengan barangan bermanfaat yang dihasilkan oleh jenama pengedar barangan bayi dan kanak-kanak Skip Hop.
Seperti yang kita semua sedia maklum, waktu tidur adalah amat penting bagi kanak-kanak kerana proses pembelajaran biasanya terjadi ketika kanak-kanak berada di dalam lena. Memori dan bahagian otak aktif memproses maklumat ketika seseorang sedang tidur.
Oleh itu, untuk menjadikan waktu tidur anak anda lebih bermakna, gayakan mereka dengan variasi inovasi Skip Hop. Dari pakaian tidur, lampu tidur mudah alih, selimut berkarakter, dan segala perkakas keperluan harian yang lain, semuanya ada ditawarkan oleh Skip Hop.
Bukan itu sahaja, selain reka bentuknya yang menarik, direka berdasarkan karakter-karakter haiwan comel termasuklah Burung Hantu, Rama-Rama, Monyet, Lebah dan Anjing.
Sesuai untuk dimanfaatkan oleh kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun, palet warna yang diterapkan juga adalah ceria. Untuk pengetahuan umum lagi, warna-warna menonjol seumpamanya bisa memperkuatkan memori manusia secara tidak langsung.
Manakala, material yang digunakan ke atas setiap satu barangan inovasinya adalah diperakui keselamatannya bagi kegunaan kanak-kanak.
Baju tidur Skip Hop Zoojamas (RM149) jenis melekap yang diperbuat dari fabrik kapas sepenuhnya ini memberi keselesaan kepada anak anda sepanjang waktu beradunya. Bahkan, lampu tidur Skip Hop Zoo Take-Along All Nightlight (RM109) mudah alih pula mempunyai karakter yang berpandanan dengan baju tidur selain terdapat butang penentu masa untuk melaras jangka waktu nyalaan lampu tersebut.
Jika anda merancang untuk pergi mengembara, jangan lupa untuk dampingkan Skip Hop Zoo Travel Blanket (RM115) bersama anak anda. Ia berupa beg sandang yang boleh diubah menjadi bantal dan selimut, memastikan keselesaan berpanjangan untuk si cilik. Skip Hop Zoo Travel Blanket ini terdapat dalam pilihan karakter Kumbang Ladybug, Monyet dan Burung Hantu.
Ada banyak lagi perkakas kelengkapan lain dari Skip Hop yang bersesuaian dengan jiwa anak anda. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan kesemua koleksi rangkaian Skip Hop di butik pengedar barangan bayi sekitar Malaysia seperti Beloved Baby, Bumps & Bundles, Mama Panda, Poppies, Jumping Baby Jacks, The Baby Loft dan lain-lain.
Untuk keterangan lanjut, sila layari bloomandgrowasia.com