Jacob mengingatkan rakyat Malaysia untuk berhenti seketika dan memberi perhatian kepada perkara-perkara kecil serta detik-detik yang bermakna dalam kehidupan seharian mereka – peringatan ikhlas agar orang ramai menghayati dan menikmati keseronokan kehidupan walaupun kecil.
Jaren Ong, Pengurus Kanan Jenama Jacob’s, menerangkan mengenai visi disebalik kempen ini: “Kita seringkali tidak menyedari akan nikmat dalam kehidupan walaupun ia berada di hadapan kita. Apa yang kita perlu lakukan adalah untuk berhenti seketika, menghargai dan menghayati nikmat-nikmat kecil dalam kehidupan kita ini. Melalui kempen Jacob’s ‘Simple Pleasures’, kami berharap untuk mendorong dan menggalakkan orang ramai untuk menyedari dan mula menghargai nikmat kehidupan seharian mereka.”
Beliau menjelaskan bahawa nikmat kehidupan yang kecil boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada ketika bergelak ketawa bersama rakan, menghabiskan masa bersama keluarga, tidur malam yang nyenyak, menyaksikan matahari terbenam, atau menikmati biskut kegemaran anda ketika waktu rehat. Semua ini merupakan perkara-perkara kecil dalam kehidupan yang kita tidak sedari ketika kita melalui tuntutan kehidupan yang mendesak dan sibuk.
Bagi membantu menyebarkan mesej bermanfaat melalui kempen ‘Simple Pleasures’ ini, Jacob’s mempersembahkan sebuah video kempen yang menayangkan bagaimana nikmat serta keseronokan sebenar yang bermakna dalam kehidupan kadang-kala boleh dijumpai dalam perkara-perkara yang mudah dan kecil.
Dr, Vincent Wong, pakar psikiatri dan penyokong gaya hidup sihat dan berkualiti, memberi penekanan mengenai kesan positif yang wujud dari menghayati nikmat kehidupan yang kecil terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup: “Sebagai seorang doktor, tugas saya tidak terhad untuk membantu mereka yang mengalami permasalahan kesihatan sahaja tetapi ia turut merangkumi usaha untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka. Saya percaya bahawa mencegah adalah lebih baik dari mengubati dan salah satu caranya adalah dengan menjalani setiap detik kehidupan setiap hari dengan penuh bermakna. Saya menggalakkan setiap orang untuk bersyukur dan menghargai apa yang mereka miliki, mempunyai sikap yang betul dalam menangani cabaran dan menikmati perkara-perkara yang kelihatan kecil dan mudah dalam kehidupan mereka.”
Beliau turut menegaskan bagaimana sifat-sifat tertentu dapat menjana sikap menghayati nikmat kehidupan yang kecil seperti kecergasan emosi (rasa bersemangat, penuh harapan dan menghayati kehidupan sepenuhnya), optimis dan bangkit semula dari situasi yang mendesak; dapat membantu orang ramai menghindari atau menangani pelbagai jenis penyakit dengan sihat seperti penyakit jantung dan penyakit kemurungan. Beliau juga menyatakan bahawa kesedaran atau melaksanakan usaha yang menumpukan kepada perkara yang sedang berlaku pada masa sekarang dapat mengurangkan tekanan, mempertingkatkan daya ingatan dan membangunkan kesejahteraan emosi seseorang.
Mencari nikmat-nikmat kecil dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang rumit. Sebagai contoh, ketawa merupakan nikmat kecil kehidupan yang dapat membantu mengurangkan tekanan, memupuk sikap optimis dan menghubungkan orang ramai. Hanya dengan ketawa, orang ramai boleh menghayati detik yang indah dan bergembira bersama keluarga dan rakan, malah bergurau senda seperti kanak-kanak.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Kafe Jacob’s di www.facebook.com/JacobsMalaysia dan berkongsi detik-detik nikmat kehidupan yang kecil. Bermula 25hb August 2014 hingga 05 October 2014, Jacob menyeru setiap lapisan masyarakat untuk menyertai pertandingan digital Jacob’s #SimplePleasures. Anda hanya perlu menghantar gambar yang mempamerkan detik nikmat kehidupan yang kecil dan tambahkan ungkapan kreatif serta hantarkan ke hashtag #SimplePleasures. Lima (5) pemenang akan dipilih setiap minggu untuk memenangi pelbagai hadiah menarik, dan seorang (1) pemenang utama akan menerima bekalan produk Jacob’s selama satu (1) tahun dan mesin kopi premium.
Jacob’s Original Cream Cracker boleh diperolehi dalam 4 pek berlainan saiz – tin 800g (RM14.50), pek isi semula 450g (RM6.50), pek nilai hebat 300g (RM4.00) dan pek kecil 6 x 30g (RM3.50). Ia boleh didapati di semua pasaraya dan kedai runcit di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.jacobs.com.my dan laman Facebook Jacob’s Malaysia.