Kontroversi melibatkan pelakon Iqram Dinzly yang dikatakan gay heboh diperkatakan apabila gambar serta perbualan Whatsapp yang berbaur lucah bersama pasangannya didapati tersebar di internet.
Orang ramai mula mempersoalkan orientasi seksual pelakon itu. Adakah Iqram Dinzly seorang homoseksual?
Hal bermula apabila sebuah portal hiburan memuat naik gambar seorang pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly yang dipercayai memasuki kelab malam dan melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London.
Salinan whatsapp berbaur lucah bertarikh 26 November 2013 sehingga 20 Disember 2013 dipercayai merupakan perbualan antara Iqram dan ‘pasangan’nya tersebar di internet. Sumber mengatakan Iqram turut menghantar sekeping foto alat sulitnya. (Sumber:Ohbulan.com)
Walaubagaimanapun, Iqram dilihat mempertahankan perbuatannya itu dengan menyifatkan ianya hanyalah satu gurauan bersama rakan sahaja.
“Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya, ia tidak menjadi masalah.”
Malah, kenyataan Iqram juga mendapat sokongan rakan artis, Soo Wincci. Melalui Instagramnya, perbualan lucah tersebut hanyalah sebagai satu dare yang perlu dilakukan oleh Iqram. Malah, Soo Wincci tidak tahu ianya menjadi suatu isu yang besar sehingga serius diperkatakan. (Sumber:ammboi.com)