U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi yang paling dinamik dan inovatif Malaysia, menawarkan pelanggan PRABAYAR untuk menikmati internet semasa perjalanan mereka di luar negara secara PERCUMA di 8 buah negara yang berbeza!
U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi pertama di pasaran Malaysia yang menawarkan perkhidmatan internet roaming PERCUMA untuk pelanggan PASCABAYAR pada awal tahun ini. Sekarang syarikat itu memanjangkan lagi promosi ini kepada pelanggan prabayar.
Perkhidmatan Internet Roaming (Perantauan) Percuma membolehkan pelanggan prabayar U Mobile untuk melayari internet mudah alih secara PERCUMA di 8 buah negara dan wilayah termasuk Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand, menjadikannya perkhidmatan yang amat berpatutan dan boleh diakses oleh semua orang.
Untuk melayakkan diri mendapat tawaran prabayar khas ini, pengguna hanya perlu membuat top up dengan jumlah minimum RM50 untuk menikmati percuma 50MB data setiap hari untuk 30 hari akan datang. Apabila had 50MB itu habis, pelanggan boleh terus menikmati perkhidmatan internet perantauan pada kadar yang paling rendah dipasaran Malaysia pada RM30/hari untuk semua negara-negara berkenaan.
Setelah pelanggan prabayar U Mobile sampai ke destinasi perjalanan mereka dalam mana-mana satu daripada 8 buah negara dan wilayah terpilih itu, mereka akan secara automatik dihubungkan kepada pengendali perantauan pilihan U Mobile, yang membolehkan mereka untuk segera menikmati perkhidmatan internet percuma.
Senarai penuh operator perantauan yang mengambil bahagian adalah:
50MB Internet Roaming U Mobile Percuma setiap hari ini berguna untuk pelanggan yang ingin mencari arah dan tempat-tempat untuk melawat, atau untuk terus berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga semasa dalam perjalanan di luar negara. Kuota 50MB PERCUMA adalah mencukupi bagi pengguna untuk berkongsi detik-detik menarik meraka dan kemas kini status terkini melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, atau Twitter, atau bagi mereka untuk menyambung pada platform mesej segera seperti WhatsApp ™, WeChat ™, LINE ™ dan KakaoTalk ™.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Internet Roaming Percuma U Mobile, sila layari www.u.com.my atau pergi ke cawangan U Mobile terdekat hari ini.