Bagi penggemar hidangan manis seperti kek, brownie, cookie dan sebagainya, kami sarankan anda follow 5 akaun Instagram ini. Selain hebat dalam bidang pastri, mereka juga membuka tempahan kek atau pencuci mulut enak dan menarik sesuai untuk sambutan seperti hari kelahiran, hari ibu bapa, perkahwinan dan sebaginya.
Berikut adalah 5 akaun Instagram Pakar Pastri yang patut anda follow:
1) Wahdi Farhad Hadithon
Siapa yang tidak kenal Wahdi Farhad. Pakar Macaron yang mendapat latihan di Paris ini menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan kek macaron ataupun macaron yang boleh direka mengikut citarasa tersendiri. Rekaan kek beliau penuh dengan seni yang luar biasa.
Anda boleh menempah kek dari beliau melalui Whatsapp ke PA beliau, 016-2126254 – (Zain).
2) Yani Othman
Yani Othman yang mengusahakan The Kitchen Guardian bukan sahaja membuka tempahan kek, malahan beliau juga membuka kelas kek dan pencuci mulut buat mereka yang ingin belajar dengan “sifu kek” ini.
Anda boleh menghubungi beliau di talian +60193945608.
3) Heda
Little Bite by Heda yang diusahakannya kian mendapat tempat di hati peminat hidangan manis. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk menyediakan hidangan di meja pencuci mulut ketika majlis Walimatul Urus Hanis Zalikha dan Hairul Azreen baru-baru ini.
Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan, anda boleh email ke [email protected].
4) Cake Bros
Cake Bros yang terdiri daripada Saiful dan Syukri ini juga pakar dalam membuat kek untuk pelbagai majlis, tidak kiralah majlis hari jadi, perkahwinan, semuanya boleh dibuat mengikut citarasa pelanggan.
Anda boleh Whatsapp/SMS/hubungi mereka di talian 019-2342405 (Bro Saiful) / 019-2202405 (Bro Syukri), ataupun email ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
5) Fairy Cakes
Fairy Cakes menyediakan pelbagai jenis kek menarik dan menepati kehendak setiap pelanggan mereka.
Untuk tempahan, anda boleh Whatsapp mereka di nombor 0142060065.