Skaf biasanya digunakan bagi tujuan memanaskan badan dan leher pada waktu sejuk, namun skaf telah melalui suatu evolusi yang menjadikan ia sebagi item fesyen kegemaran kebanyakan wanita. Kini, skaf digayakan untuk melengkapi penampilan seseorang agar tampak lebih anggun dan bergaya. Tahukah anda bahawa walaupun anda memakai pakaian yang ringkas, namun penggayaan skaf dapat menambahkan seri penampilan anda jika kena dengan gayanya.
Mari, kami kongsikan beberapa inspirasi penggayaan skaf yang boleh anda cuba sebagai gaya harian. Jom tengok!
Sumber: vemale.com