Danni De Bear pernah dibuli dan diejek dengan gelaran “pig girl” pada zaman remajanya. Bagaimanapun, kini gadis berusia 21 tahun ini telah tiga kali dinobatkan sebagai ratu cantik . Antara gelaran yang pernah dirangkulnya adalah Miss Fresh Face UK 2014, Miss Cyberface 2013 and Miss Charity for Face of Dorset.
Menurut, Danni, ketika zaman remajanya, dia begitu tertekan kerana sering diejek gemuk dan hodoh. Lebih kejam lagi, dia dahulunya pernah dibuli dengan dilempar makanan dan pernah dikurung dalam almari. Akibat diperlakukan begitu, beliau hilang keyakinan diri dan pernah sakit akibat terlalu berusaha untuk menjadi kurus.
Dia banyak menghabiskan masa remajanya dengan berasa murung dan menangis setiap hari. Malah, dia pernah terfikir untuk membunuh diri .
Berbeza dengan sekarang, kini dia sudah mula belajar untuk menyayangi diri sendiri selepas berjaya setelah tiga kali dimahkotakan sebagai ratu cantik. Semuanya bermula ibunya membawanya menyertai pertandingan ratu cantik ketika usianya 17 tahun.
‘Saya terkejut pada mulanya. Keyakinan diri saya sangat rendah dan apabila saya berjalan keluar ke pentas Saya menggigil, “kata Danni.
‘Saya fikir orang akan ketawakan saya atau berkata saya terlalu hodoh untuk bertanding, tetapi orang ramai mula bersorak kepada saya.’
Tidak pernah menyangka akan pergi sejauh ini, Danni kini mengembara ke seluruh dunia dan mempunyai peminatnya sendiri. Jadikan kisah Danni ini sebagai inspirasi. Jangan biarkan pendapat orang lain mempengaruhi kehidupan anda. Word can’t bring you down okay !