Kebanyakkan orang hanya menggayakan jaket tuksedo semasa menghadiri parti atau acara rasmi dan biasanya ia digayakan oleh lelaki sahaja. Tetapi 8 selebriti antarabangsa ini bijak menggayakan jaket tuksedo dengan citarasa feminin dan santai. Berikut kami kongsikan 8 cara pemakaian jaket tuksedo yang boleh anda cuba!
1. Janelle Monae
Janelle yang gemar menggayakan tuksedo semasa membuat persembahan ataupun berada di karpet merah memang sentiasa tampil cantik dan berseri. Di dalam gambar di atas, beliau menggayakan Bold Shoulder Tuksedo dengan seluar tuksedo. Selain itu beliau gemar memakai topi fedora dan juga gincu berwarna merah garang.
2. Blake Lively
Beliau menggayakan tuksedo hitam yang mempunyai trim kulit ataupun salin dengan dress paras lutut untuk menambahkan ciri feminin dan moden. Anda boleh padankan dengan tas tangan berjenama Chanel ataupun apa sahaja yang berwarna hitam sambil dipadankan dengan sepatu hitam untuk nampak lebih ‘eksklusif’.
3. Kim Kardashian
Pelakon realiti televisyen ini gemar menggakan jaket tuksedo yang berpadanan warna dengan seluar dan juga blaus untuk kelihatan lebih langsing dan serius.
4. Elizabeth Olsen
Beliau mengenakan jaket tuksedo dengan blaus kardigan dari material chiffon dan dipadankan dengan seluar bermotifkan houndstooth. Nampak sofistikated!
5. Sarah Jessica Parker
Anda boleh meniru gaya beliau yang mengenakan jaket tuksedo hitam dengan sweater bercorak untuk nampak lebih stylo. Anda padankan dengan kasut boot hitam dan cermin mata hitam!
6. Cheryl Cole
Cheryl tampil unik apabila menggabungkan jaket tuksedo dengan seluar camo print serta laced up heel.
7. Cara Delevingne
Cara mengenakan tuksedo putih dengan seluar berwarna putih untuk nampak anggun dan bergaya. Bagi anda yang ingin nampak tidak terlalu ‘pucat’, anda boleh memilih tuksedo dan seluar yang mempunyai trim berwarna.
8. Kate Moss
Model petite dari Eropah ini hanya memadankan jaket tuksedo dengan seluar jean berbelang dan nampak amat memukau. Kami sukakan gaya santai ini!