Bintang muda Vanessa Hudgens tampil berambut perang dengan gaya Bohemian semasa menghadiri Karnival Muzik Coachella selama tiga hari. Tetapi yang menarik perhatian bukan sahaja rambutnya, tetapi fesyen yang digayakan semasa berpesta bersama rakan-rakannya. Vanessa yang berumur 25 tahun itu datang ke karnival itu bersama teman lelakinya Austin Butler yang juga berpakaian sedondon dan Vanessa kelihatan santai dan cantik seperti biasa. Menurut sumber, dia juga dibayar untuk menghadiri karnival itu sebanyak RM45,000 oleh pihak McDonald’s.
Berikut kami kongsikan pakaian yang dipakai oleh Vanessa yang boleh anda jadikan inspirasi dalam berfesyen. Dia mengenakan Camilla kaftan berwarna ungu, bikini top dipakai bersama seluar denim pendek, jumpsuit oren pendek dan topi lebar, dan juga Newport Lace Shorts.