Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh laman web temu janji dalam talian Zoosk, 1,850 ahli-ahli lelaki diminta untuk melihat gambar selebriti perempuan dengan dandanan dan mekap glamor , berbanding rupa semula jadi untuk menentukan gaya mereka lebih suka.
Walaupun kebanyakan daripada mereka suka melihat dandanan semula jadi selebriti seperti Jessica Simpson, Beyonce, Jessica Alba, dan Jennifer Lawrence, berbanding dengan rupa permaidani merah Kim Kardashian, namun apabiladiminta memilih daripada beribu-ribu profil dating dalam talian, individu yang disukai Zoosk adalah profil wanita yang memakai gincu merah dan pembayang mata gelap. Tentang gaya rambut pula , 81% daripada mereka yang ditinjau mengundi rupa yang santai dan semula jadi, dengan hanya 9% lebih suka rambut lurus.
Namun keputusan tinjauan menunjukkan perkara sebaliknya tentang solekan wanita dalam permainan “Glamour Game” . 57% tidak gemar solekan gincu merah dan 67% tidak gemar wanita yang memakai pembayang mata rona gelap.
Ketika lelaki memilih profil wanita dalam laman dating tersebut pula, rupanya mereka lebih cenderung berminat dengan wanita dengan gambar profil yang memakai mekap tebal, di mana
- Wanita yang memakai solek mata 139% lebih menerima mesej pertama berbanding wanita yang tidak.
- 65% lelaki lebih cenderung mmepunyai keinginan untuk bertemu seorang wanita yang memakai solekan mata dalam gambar profilnya.
- Wanita yang memakai gincu dalam gambar profil mereka 119% lebih dahulu mendapat mesej daripada mereka yang tidak.
- 38% lelaki lebih cenderung untuk bertemu dengan seorang wanita yang memakai gincu dalam gambar profilnya.
- 24% Wanita yang memakai pemerah pipi menerima mesej lebih dahulu daripada mereka yang tidak.
- 19% lelaki ebih cenderung untuk mahu bertemu seorang wanita yang memakai pemerah pipi daripada mereka yang tidak
Walaupun tinjauan ini melibatkan lelaki barat sebagai audiens yang mungkin berbeza seikit pendapatnya dengan lelaki Malaysia , namun apa yang boleh kita simpulkan penampilan kita dalam media sosial boleh jadi berbeza berbanding luar talian. Jika anda berniat untuk mencari kenalan dari laman sosial atau menarik lebih ramai follower, solekan dramatik seperti smokey eyes dan gincu merah mungkin boleh membantu.
[Sumber ]