Ini berita baik buat peminat pelakon dan penyanyi jelita Maya Karin . Bersempena dengan tayangan “Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah” yang sedang mendapat sambutan yang hangat di seluruh pawagan di Malaysia, Maya Karin akan mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama peminat peminat beliau pada 25 September 2014 bersamaan dengan Khamis ini.
Sesi ‘Meet & Greet Bersama Maya Karin’ ini akan diadakan di TGV, Aeon Tebrau City Shopping Centre, Johor Bahru bermula jam 8.00 malam. Peminat yang bertuah pada malam tersebut akan berpeluang untuk menonton ‘Lagenda Budak Setan 3 – Kasyah’ bersama Maya Karin!
Wah , jadi kepada warga Johor, tunggu apa lagi . Buat reminder untuk menghadiri acara ini lusa !