Siaps sangka tabiat silang kaki mendatangkan kesan buruk pada kesihatan?
Bila anda naik pengangkutan awam, anda memilih untuk duduk secara silang kaki, malah, ketika menghadiri temu duga juga gaya duduk sebegini menjadi pilihan. Walaupun nampak tidak salah tetapi tahukah ia memberi kesan buruk kepada kesihatan diri. Hah, betulkah?
Dilaporkan, Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, menjelaskan perbuatan menyilangkan kaki bukan penyebab kepada tulang belakang bengkok atau sakit, sebaliknya ia hanya memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar.
Ini sekaligus akan mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh dan akan hilang dalam tempoh singkat. Tambah doktor lagi, individu normal hanya akan bersilang kaki dalam tempoh 10 hingga 15 minit, selepas itu otak akan memberi isyarat supaya menukar kedudukan, disebabkan sudah letih. Tetapi kecederaan jangka masa panjang hanya boleh berlaku apabila otak tidak memberi tindak balas dalam tempoh dua jam.
Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’.
Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan.
Jika terdapat urat atau pembuluh nadi yang menonjol berbentuk seperti jaring labah-labah (Spider veins) ini, ia mungkin berkait rapat dengan tabiat menyilang kaki. Faktor lain mungkin disebabkan oleh genetik, kehamilan, terdedah kepada cahaya matahari dan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.
Sudah tiba masanya untuk anda memikirkan kembali bila anda mula nak menyilangkan kaki, kerana menurut kajian, sikap ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang buruk. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman.