Lakaran asal watak animasi popular Walt Disney Snow White telah didedahkan kepada umum. Menariknya, lakaran asal tersebut telah ditolak atas alasan terlalu seksi. Imej yang dilakar 80 tahun yang ini dianggap tidak sesuai dengan audiens sasaran mereka iaitu kanak-kanak.
Lakaran tersebut telah dibuat oleh kartunis yang sama menghasilkan karakter Betty Boop. Gambaran tersebut menunjukkan watak Puteri Snow White dengan bibir merah menggoda, bulu mata yang lentik dan aksi mengangkat gaun sehingga menampakkan buku lali yang cara dianggap provokatif.
Kartunis tersebut kemudiannya diminta melakar semula watak tersebut dengan lebih bercirikan seorang puteri. Kini lakaran asal tersebut dilelong dengan nilai anggaran setinggi RM 79 000.
[ Sumber ]