“Jika terlalu kerap mengatakan tidak kepada anak-anak, mereka boleh menghalang anak untuk meneroka keadaan sekeliling serta selalu bergantung kepada ibu bapa itu sendiri. Selain itu, mereka juga akan mula menunjukkan sikap-sikap yang negatif,” kata Pakar Psikologi di Sunway University, Woo Pei Jun.
Friso Gold ingin berkongsi dengan para ibu di Malaysia pelbagai tips dan idea menarik untuk memupuk hubungan yang lebih erat dengan anak-anak mereka dengan mengatakan ‘Ya’ pada pengalaman. Selain itu, menggalakkan anak-anak mereka belajar dan berkembang menerusi penemuan dan pengalaman di sekeliling dunia mereka, terutamanya di luar rumah.
Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), Cik Wong Vai Chi berkata, Friso Gold percaya bahawa hubungan yang lebih erat akan terjalin antara ibu dan anak apabila mereka menyertai aktiviti dan berkongsi pengalaman bersama.
Untuk menunjukkan bagaimana pengalaman boleh membantu ibu dan anak bersama-sama menerokai dunia dan mengeratkan lagi hubungan antara mereka, Friso Gold telah menjemput dua orang ibu untuk menyertai ‘YES Experiment‘ di mana mereka harus bersetuju dengan permintaan munasabah daripada anak-anak mereka selama lima minggu berturut-turut.
Liz Yahaya, seorang jurutera dan seorang ibu blogger yang terlibat dalam eskperimen ini berkongsi, “saya adalah ibu yang terlalu mengawal anak! Saya tidak pernah membenarkan anak-anak saya memelihara haiwan peliharaan kerana saya bimbang dengan kebersihatan dan kesihatan.
Tetapi apabila saya membeli seekor arnab untuk anak sulung saya Aiden, dia mengejutkan saya dengan menunjukkan bahawa dia adalah seorang anak yang bertanggungjawab. Ini membuktikan bahawa dengan hanya berkata ‘Ya’, ia telah memberi pengalaman yang bermakna buat saya dan Aiden, dan telah memupuk sikap bertanggungjawab dalam dirinya!” kata Liz.
Low Ngai Yuen, bekas hos rancangan TV dan seorang penerbit filem, membahagikan masanya sebagai ibu kepada empat orang anak serta kerjaya yang mencabar.
“Salah satu permintaan yang terpaksa saya akur semasa eksperimen ini adalah dengan membenarkan semua anak-anak saya bermain dalam hujan dengan matlamat untuk menangani masalah anak perempuan saya, Zi Yi, yang takutkan air.
Ia ternyata menjadi satu pengalaman yang benar-benar menyeronokkan bagi anak-anak termasuk saua, walaupun saya terpaksa melengkapkan mereka dengan baju hujan, melindungi mreka dengan payung dan memandikan mereka dengan air panas! Kini Ziyi sudah tidak takut apabila terkena air pada mukanya!” jelas Low.
Pakar Perunding Pediatrik, Dr Khoo Phaik Choo bersetuju dengan kedua-dua ibu ini mengenai manfaat pengalaman ini serta teknik keibubapaan secara positif.
“80% daripada imuniti terletak pada sistem pencernaan. Menguatkan sistem penghadaman adalah perlindungan yang terbaik daripada jangkitan. Ibu bapa tidak perlu bimbang jika anak-anak jatuh sakit sewaktu menikmati pengalaman di luar kerana akan mengukuhkan daya tahan anak-anak.,” tambahnya.
Turut hadir pada majlis pelancaran kempen ialah Pakar Pemakanan Korporat Dutch Lady Malaysia, Cik Loo Mei Fong, yang menjelaskan bahawa Friso Gold adalah jenama yang ideal untuk membantu para ibu berkata ‘Ya’ pada pengalaman. Ini kereana Friso Gold dirumuskan untuk membantu kanak-kanak mengukuhkan daya tahan mereka.
Untuk membantu para ibu di Malaysia berkata ‘Ya’, Friso Gold memperkenalkan satu aktiviti yang menarik di laman web untuk membolehkan ibu memulakan langkah mereka. Setiap dua minggu, satu idea pengalaman bermain di luar akan dikongsi melalui laman web ini : www.frisogold.com.my/yestoexperiences.
Mari katakan ‘Ya’ kepada pengalaman bersama Friso Gold!