Johor Premium Outlets ( JPO ) merupakan pusat beli-belah yang tidak asing lagi bagi mereka yang suka membeli-belah dengan harga terendah. Ia merupakan sebuah pusat yang mengumpulkan lebih 120 kedai jenama pereka terkemuka yang menawarkan diskaun sehingga 65% setiap hari! Kami berpeluang untuk berkunjung ke JPO untuk melihat sendiri pelbagai tawaran menarik yang disediakan untuk pengunjung. Ianya dibuka pada setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
JPO telah dibuka pada 11 Disember 2011 dan pada 15 November 2013, mereka telah menambah 40 kedai-kedai baru dan menjadikan jumlah keseluruhan kedai adalah sebanyak 120 buah kedai. Lokasinya amat strategik kerana ia terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS ) dan boleh dilihat dari tepi lebuhraya.
Diantara butik dan kedai yang ada di sini termasuklah pakaian dari jenama antarabangsa, kasut, barang kemas, barangan kulit, hadiah istimewa, barangan rumah dan juga perabot.
Antara kedai dan butik yang baru dibuka adalah Aerosoles, Anakku, Animation World, Cafe Barbera, Hackett London, Hugo Boss, Kate Spade, La Perla, Marc Jacobs, New Balance, Obermain, Porche Design, Polo Ralph, Lauren Children, Renoma Paris, TCBY Frozen Yogurt dan Tocco Toscano.
Selain itu juga, terdapat pelbagai lagi butik dan kedai yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik seperti Burberry, Canali, Calvin Klein, Coach, DKNY, Michael Kors, Nike, Oroton, Evita Peroni, Fossil, Gap, Geox, Guess, Levi’s, Adidas, Tumi, Victoria’s Secret, Timberland dan banyak lagi.
Terdapat pelbagai kemudahan ada di sini termasuklah :
- Pusat khidmat pelanggan
- Mesin ATM
- Kad-kad hadiah
- Sewaan troli kanak-kanak
- Kerusi roda
- Pusat tukaran wang
- Loker sewa
- Penghantaran antarabangsa
- Tiket ke kawasan tarikan pelancong dan tiket untuk pertunjukan
Suasana di sini amat santai kerana terdapat kerusi disediakan di setiap hadapan kedai untuk memudahkan pengunjung berehat. Medan selera juga telah diubahsuai untuk memberi keselesaan maksimum kepada pengunjung dengan lebih 20 gerai menjual pelbagai makanan. Para ibubapa juga mudah untuk membawa anak mereka berjalan-jalan kerana ruang legar yang luas serta kemudahan troli juga ada disediakan. Terdapat peta untuk menunjukkan lokasi kedai, jadi anda tidak perlu bersusah-payah mencari kedai yang anda ingin lawati.
Penginapan
Anda boleh memilih untuk menginap di Pulai Springs Resort, Le Grandeur Palm Resort Johor atau Traders Hotel, Puteri Harbour kerana jaraknya hanya kurang dari 1 jam perjalanan ke JPO. Selain itu juga ‘Pakej Beli-belah dan bermalam turut disediakan di hotel tersebut dan tetamu hotel akan diberikan Buku Kupon istimewa untuk menikmati rebat yang menakjubkan.
Anda boleh layari http://www.premiumoutlets.com.my/ untuk maklumat lanjut.