Inilah masalahnya bila dipotong rambut pendek, susah betul mahu panjang. Agaknya apa cara nak panjangkan rambut? Nah, jangan risau sebab wanista ada tips terbaik untuk anda. Semoga Berjaya!
1. Beli produk rawatan rambut yang mahal tidak berguna sekiranya ia mengandungi banyak bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut.
2. Elak guna produk rambut seperti penyembur rambut atau gel rambut setiap hari.
3. Jangan cuci rambut setiap hari. Seelok-eloknya cuci 2 – 3 kali seminggu dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas.
4. Jangan ikat terlalu ketat dan lebih baik sekiranya anda kurangkan mengikat rambut setiap hari.
5. Urut kepala merupakan cara yang paling baik untuk membuatkan rambut cepat panjang. Ini adalah kerana urutan meransang pengaliran darah yang membawa nutrien penting ke folikel rambut anda.
6. Sekiranya anda merasakan sebab utama rambut anda lambat tumbuh adalah kerana anda kerap menggunting rambut, anda silap. Sekiranya anda potong rambut, anda telah memotong hujung rambut yang tidak sihat dan rambut yang tidak sihat tidak akan tumbuh dengan cepat.
7. Sikat rambut juga penting untuk menjadikannya cepat panjang. Secara tidak langsung sikat anda mengurut rambut dan kepala, membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda.
8. Mengubah belahan rambut juga boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Sekiranya anda sudah biasa dengan belahan di sebelah kiri, cuba ubah ke sebelah kanan pula. Ini dapat mengubah pengaliran darah dan dapat meransang folikel rambut anda.
9. Minyak zaitun mempunyai kandungan semula jadi yang bagus untuk kesuburan rambut. Gunakan minyak zaitun setiap hujung minggu. Sapukannya pada kulit kepala dan urutkan kepala anda sehingga ia meresap ke dalam akar rambut.
10. Teh hijau sememangnya kaya dengan anti-oksidan. Anda boleh membilas rambut anda dengan teh hijau organik dan urut kepala anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih. Kulit kepala yang bersih dan segar boleh menyihatkan lagi akar rambut anda.
Sumber : Majalah EH