Bagi ibu bapa di luar sana ataupun mereka yang ingin belajar cara solat yang betul dengan bacaannya sekali, anda boleh lakukan semuanya dengan makluamt di hujung jari saja. Aplikasi ‘Imam App’ ini mengandungi maklumat masa solat, kiblat, hari-hari yang penting dalam Islam dan paling menarik adalah ia mempunyai maklumat dan video cara mengambil wudu dan solat 5 waktu.
1. Mempunyai segmen acara penting dalam Islam.
2. Mempunyai petunjuk arah kiblat untuk memudahkan kita menunaikan solat.
3. Mempunyai segmen waktu solat juga.
4. Mempunyai video untuk mengajar umat Islam mengambil wuduk dengan sempurna di dalam ruangan ‘prayer’ ( sembahyang ).
5. Mengajar solat 5 waktu dengan bacaannya sekali. Ia juga mempunyai audio untuk bacaan tersebut. Baguskan?