Pernah atau tidak hal ini terjadi kepada anda — anda pergi travel / bercuti ke mana-mana, dan apabila tiba waktu untuk memilih dan membeli cenderamata buat keluarga dan rakan-rakan, anda jadi bingung? Tidak tahu untuk membeli apa?
Kami yakin ramai yang pernah merasakan hal sedemikian. Mana tidaknya, apabila kita menjejakkan kaki ke kedai-kedai barangan cenderamata, kita jadi rambang mata dan tidak tahu barang apa yang sesuai buat mereka.
Agak-agaknya, barang apa yang sesuai dijadikan sebagai cenderamata travel buat yang tersayang? Jom kami senaraikan!
1) Buku Resepi Makanan Tempatan
Anda boleh belikan buku masakan buat ibu tersayang atau rakan-rakan yang gemar memasak dan suka makan. Buku masakan mempunyai pelbagai saiz yang boleh anda pilih mengikut muatan yang mampu untuk dibawa pulang, selain itu, pilihlah buku masakan yang menonjolkan ciri-ciri istimewa tempat yang anda kunjungi.
Boleh dikatakan magnet peti sejuk merupakan pilihan paling selamat untuk dibuat sebagai cenderamata, namun sekiranya anda tahu ahli keluarga atau rakan yang betul-betul mengumpul koleksi magnet peti sejuk, teruskan niat anda untuk memberikan itu kepada mereka. Pilih magnet yang unik dan mampu memerikan tanggapan menarik mengenai tempat yang anda pergi itu.
Mee segera sememangnya makanan kegemaran penduduk Asia, terutamanya Malaysia. Jadi, sudah tentu pilihan mee segera sebagai cenderamata buat keluarga dan rakan adalah pilihan yang terbaik. Seeloknya, pilih mee segera dalam bentuk cup, ataupun jika anda inginkan yang bungkus juga boleh, dan pilih mee segera pelbagai perisa baharu yang mungkin sukar didapati di sini. Untuk yang beragama Islam, pastikan juga anda teliti pada bungkusan mee segera berkenaan adakah ia halal ataupun tidak.
Menjadikan wang kertas negara luar sebagai cenderamata adalah terpulang kepada diri anda sendiri dan negara mana yang anda kunjungi. Pilih nilai wang yang anda mampu berikan serta tuliskan sedikit nota pada wang kertas berkenaan sebelum diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Poskad juga merupakan antara pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai cenderamata. Poskad dapat memperlihat tempat-tempat menarik negara yang anda kunjungi, sekaligus anda dapat berkogsi serba sedikit pengalaman sepanjang anda ke sana bersama keluarga dan rakan-rakan. Pasti mereka suka!
Sumber: whatevertherewas.com