Seperti semua sedia maklum, setelah gagal dalam perkahwinannya yang terdahulu, hero Melayu kacak, Zul Huzaimy baru-baru ini telah pun berkongsi berita gembira mengenai pertunangannya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai, Misz Erna. Untuk makluman, Zul Huzaimy telah bercerai sejak tahun 2010 dan membujang sejak itu, sehinggalah kini beliau sendiri memberitahu berita pertunangannya.
Kegembiraan jelas terpancar pada Zul Huzaimy dengan pertunangannya apabila kata-kata yang ditulis menerusi akaun Instagramnya amat menyentuh hati. Tulis Zul adalah seperti berikut:
Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. #majlis #tunang aku #zulhuzaimy dan dirinya yang tersayang @miszerna Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya. Terima kasih pakjak, terima kasih uncle din, abg hatta, kak lin, terima kasih along, adik2ku ina, ayien, Iwan, Julia, seha, fidah, Aus, Noni, Pipi @dyayabesh, fatimah @iemamarzuki faqiha @velvettinta Terima kasih buat sahabatku rizal @kuzuri82 @hafizmahmud76 dan isteri, Saiful dan isteri.
Terima kasih kaum keluarga Terima kasih sayangku @miszerna menerima diriku. Jagalah dirimu di sana buat diriku di sini. Kasih dan sayangku moga ke akhirnya. Terima kasih tak terhingga pada sekalian yang membantu buat mama Puan rokiah, uncle HMNor, Ila, cikgu lizawati (along) dan cikgu zainudin, busu sekeluarga, dato’ jasmay dan isteri serta keluarga @adrianajasmay @liyanajasmay buat allahyarham ayahanda Marzuki Yusie, moga ayah tenang dan bahagia di sisi Allah.
Tahniah diucapkan kepada Zul dan Erna diatas pertunangan ini. Tentu peminat Zul Huzaimy diluar sana ternanti-nantikan bilakah tarikh pernikahannya pula, bukan? Sama-sama lah kita nantikan.
Sumber: Beautifulnara