Sempurna! Kreatif! Unik! Itu yang dapat digambarkan bila melihat keindahan lukisan yang yang dihasilkan oleh pelukis dari Singapura ini. Empunya diri, Thomas Yang mencipta karya seni yang unik ini menggunakan tayar basikal. Menurutnya:
“Idea ini datang semasa saya sedang leka berfikir dan memahami idea bagaimana saya boleh cat dengan basikal. Trek tayar adalah perkara pertama bermain di fikiran saya. Kemudian saya cuba meneroka ciri-ciri pada setiap corak tayar dan menyedari bahawa saya mungkin boleh melukis beberapa struktur bangunan.”
Kini, Yang mempunyai koleksi “The Cyclist’s Empire” (the Empire State Building), “God Save the Bike” (Tower Bridge), “Bicycle Mon Amour” (Eiffel Tower) dan “The Unforbidden Cyclist” (the Forbidden City), menghasilkan hanya 100 salinan yang dicetak setiap sati. Malah, setiap salinan sudah habit dijual. Jika anda berminat, boleh lihat www.100copies.net.
Boredpanda