Semua orang menggilai pelakon ini, bukan sahaja di negara asalnya Korea Selatan tetapi seluruh Asia Tenggara, pelakon yang mempunyai lesung pipit ini mendapat tempat di hati peminat wanita.
Lee Min Ho, 27 tahun akhirnya mendedahkan dia sebenarnya mengalami bengkak pada hati lalu menyebabkan mukanya tampak lesu ketara menerusi lakonan filem terbaharunya, Gangnam Blues. Lee Min Ho mendakwa hatinya itu masih lagi sakit walaupun dia tidak menjamah apa-apa makanan.
“Muka saya macam bengkak teruk disebabkan hati saya tidak sihat meskipun saya tidak makan apa-apa pun. Pengarah Yon Ha malah minta saya makan terlebih dulu setelah melihat wajah saya lesu semasa penggambaran Gangnam Blues,” jelas Min Ho.
Bagi menghilangkan bengkak ujarnya, dia bermain badminton setiap awal pagi dan hanya makan mi ayam pedas sehari sebelum penggambaran, namun bengkak pada mukanya itu menjadi lebih serius sehingga penggambaran pernah terpaksa dihentikan sementara.
“Saya kini sedang bekerja keras untuk memastikan muka saya kembali muda selepas ramai rakan memberitahu, wajah saya nampak agak lebih berusia daripada umur sepatutnya setelah menjalani beberapa babak lasak penggambaran Gangnam Blues,” kata Min Ho.
Yon Ha dalam pada itu berkata, dia perlu menangguhkan beberapa kali penggambaran filem yang bakal ditayangkan di seluruh Korea Selatan tahun depan bukan kerana wajah bengkak Min Ho tetapi mahu muka aktor itu lebih cantik di skrin kamera.
Mynewshub & Agensi