Baru-baru ini, Lux telah memperkenalkan Kempen Tampil Serlah dan Menawan Sehingga 8 Jam bersama Lux, yang memaparkan rangkaian Lux Magical Spell dilengkapi dengan keharuman yang kekal sehingga 8 jam. Harumannya yang memikat mampu mencetuskan kesegaran pada tubuh dan membelai kulit agar kelihatan cantik dan segar sepanjang hari sehingga 8 jam!
Kuasa haruman Lux turut meningkatkan keyakinan seseorang wanita sekaligus membolehkannya untuk menikmati dan mencuba pelbagai cabaran baru serta keluar dari zon selesa mereka untuk tampil lebih menyerlah dan menawan.
Lux Magical Spell dihasilkan menggunakan satu bahan paling penting iaitu bunga Orkid Hitam, bersama Minyak Juniper yang di adun dengan kayu kehitaman, ambar emas dan tumbuhan biji vanilla untuk memberikan pengalaman mandian yang cukup mengasyikkan dan tahan lama sehingga 8 jam. Kaum wanita kini tidak perlu berasa gusar lagi kerana Lux Magical Spell adalah penyelesaiannya untuk kekal yakin dan tampil menawan!
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Lux, layari www.facebook.com/LuxMalaysia.