Bagi anda yang ingin merasai pengalaman pada tahun 1957 iaitu tahun negara kita mengecapi kemerdekaan, anda boleh merasainya di The Teh Tarik Place. Restoran franchais ala mamak itu akan mengadakan promosi dimana rakyat bersama-sama dapat menikmati secawan teh tarik pada harga tahun 1957 iaitu hanya 5 sen pada 31 Ogos 2014 kelak.
Usaha ini dilakukan untuk rakyat menikmati secawan teh tarik dengan harga 57 tahun lepas sempena sambutan Merdeka.
Jika anda, seperti rakyat Malaysia yang lain, sukakan Teh Tarik, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan segelas Teh Tarik pada harga 5 sen di mana-mana 12 cawangan Teh Tarik Place di seluruh negara sempena merdeka. Kebanyakan kedaiTeh Tarik Place beroperasi dari pukul 10 pagi. Waktu pembukaan mungkin berbeza-beza mengikut lokasi. Untuk senarai cawangan, pergi ke www.tehtarikplace.my atau layari https://www.facebook.com/tehtarikplace .
Nota : hanya makan di kedai sahaja ( Dine – In )