Biar betul harga tiket akhir Maharaja Lawak Mega sampai RM999? Ya, benar! Pihak penerbit program lawak popular itu sudah pun mula menjual tiket menonton secara langsung rancangan tersebut yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 6 Februari depan.
Apa yang memeranjatkan ialah tiket yang dijual ada yang hampir mencecah harga sebanyak RM1,000! Mungkin ini untuk tempat duduk depan sekali, betul-betul belakang juri tetap, tapi takkan sampai macam tu sekali harganya. Hurmmmm…
Harga tiket:
RM999 – VVIP
RM83 – Arena
RM53 – Lower Tier
RM33 – Upper Tier
Pembelian hanya boleh dilakukan menerusi laman web Ticketpro.
Sumber dari mynewshub