“Ala, tak suka paha ni, nampak besar sangat, pakai apapun nampak tak elok”, pasti ramai yang merungut lebih-lebih ketika ingin bersiap, semua jenis pakaian dicuba tapi langsung tidak ada yang berkenan mata. Alasannya, pakai baju ini paha nampak besar, pakai skirt ini nampak paha macam ‘mak’ orang untuk yang anak dara.
Iyelah, sedia maklum bahawa paha yang langsing pakai apa pun nampak cantik terletak, tak nampak lemak berlebihan di celah-celah. Malah, wanita boleh tampil lebih berkeyakinan. Tapi bagaimana caranya nak dapatkan paha langsing?
Ada banyak cara yang boleh dilakukan, salah satunya adalah gerakan tiga minit sebelum tidur ini. Insyaallah jika dijadikan rutin nescaya anda boleh dapatkan bentuk badan ideal apatah lagi paha idaman seperti Kendall Jenner, Gigi Hadid ataupun idola anda.
Gerakan V-Stretch
Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Hanya dengan rentangkan kedua-dua kaki, tegakkan tubuhmu. Bongkokkan dada ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Lakukan perkara yang sama untuk kaki kanan. Tahan setiap regangan selama 5-15 saat. Ulangi 8 kali untuk setiap kaki.
Angkat Kedua Kaki ke Atas
Berbaringlah lalu angkat kedua-dua kaki ke atas. Kedua-dua tangan berada di samping menekan lantai. Kemudian, lakukan seperti yang ada di keterangan gambar di atas ini, angkat kaki dan gerakkan ke dada, ulanginya 8 kali.
Gerakan Superman Terbang
Telangkup di atas permukaan rata. Dagu menumpu pada lantai. Regangkan kedua tanga ke depan sejauh mungkin. Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.