Setelah berita kehamilan kedua Kate Middleton diumumkan secara rasmi, pihak kerajaan memberitahu bahawa Kate mengalami Hyperemesis Gravidarum sehinggamemerlukan rawatan intensif.
Apa itu Hyperemesis Gravidarum? Hyperemesis Gravidarum (HG) adalah keadaan ketika ibu hamil mengalami loya dan muntah hebat sehingga mengakibatkan kekurangan nutrisi dan cecair dalam tubuh. Keadaan ini memang mirip dengan mual dan muntah biasa yang dialami ibu hamil pada umumnya, namun situasinya lebih parah lagi. Kerana mual dan muntah yang melampau ini, ibu hamil yang menderita HG biasanya kehilangan berat badan hingga lebih dari 10% berat awalnya dan mudah merasa lelah, serta pening berlebihan.
HG biasanya dialami oleh ibu hamil pada usia muda dan juga mereka yang sudah mengalami beberapa kali kehamilan. Penyakit yang menyerang 3% ibu hamil tersebut terjadi pada 4-7 minggu kehamilan dan baru akan mula menghilang pada 14-16 minggu masa kehamilan. Hingga pada usia kehamilan 20 minggu, HG tidak lagi dialami oleh ibu hamil. Namun malangnya, kira-kira 10-20% ibu hamil mengalami HG ini selama masa kehamilannya.
Memandangkan keadaannya yang cukup parah, Kate mendapatkan rawatan khas dari pasukan doktor di Keningston Palace. Namun keadaan Kate tidak separah saat kehamilan pertama yang memerlukankan Kate dirawat secara intensif di King Edward VII Hospital, London.
Menurut Pakar Allison Fox dari One Medical UK mengatakan bahawa HG boleh diminimumkan dengan makan makanan dalam hidangan yang sedikit dan minum minuman hangat berasaskan halia. Selain itu, pesakit HG juga disyorkan melakukan akupuntur, accupressure, dan senaman ringan untuk meringankan keadaan tersebut.