Hujung minggu ini apa kata anda sekeluarga hadirkan diri ke “Food Mania Festival” yang bertempat di Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Apa yang menarik di sana?
Penganjur FOODGASM FEST telah memutuskan untuk membawa satu lagi festival makanan ke bandar melalui kerjasama dengan Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Bertajuk “Food Mania Festival”, festival itu kembali dengan satu konsep baru yang dikenali sebagai “PICNIC IN THE CITY” dan akan menampilkan hampir 80+ vendor makanan dan trak makanan.
Tetapi sudah tentu, makan bukan satu-satunya perkara yang anda akan lakukan pada festival itu kerana live band dijangka membuat persembahan di festival itu juga. Terdapat beberapa sesi busking, peluang bermain dengan giant bubbles dan banyak lagi. Jadi, jangan lepaskan ini.
Tarikh: 21 Disember 2014
Lokasi: Evolve Boulevard, Ara Damansara
Masa: 10am- 8pm
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook.